Thursday, 29 December 2016

HATI-HATI DENGAN PAKEJ UMRAH TIPU



Ibadah Umrah merupakan satu ibadah yang dilaksanakan dengan mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa selain bulan haji dan perlu berihram, tawaf, saie dan bertahallul mengikut tertib.

Ibadah Umrah juga dikenal dengan haji kecil oleh masyarakat. Sebagaimana haji kefardhuan umrah juga tertakluk sama seperti syarat dalam ibadat haji iaitu Islam, baligh, berakal dan mampu. 

Tuntutan umrah turut tertakluk berdasarkan  kemampuan mereka sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit.  

Namun dewasa ini ramai yang tertipu dengan pakej umrah murah.  Setiap tahun ada sahaja kes penipuan ini.  Yang lebih mengecewakan orang ramai mudah percaya dengan pakej-pakej murah ini.

Berulang kali kerajaan menasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan selidiki dahulu sesuatu tawaran pakej umrah. Namun semua nasihat bagaikan mencurah air di daun keladi. Natijahnya mereka d tipu hidup-hidup.

Bahkan sejak 2012 hingga Oktober tahun ini, seramai 3,714 penduduk Islam negara ini terpaksa berputih mata apabila hasrat mereka mengerjakan umrah tertangguh akibat menjadi mangsa penipuan pakej umrah.


Jumlah kerugian yang dihadapi oleh kesemua mangsa selama empat tahun kebelakangan ini seperti yang dilaporkan kepada pihak polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dianggarkan mencecah RM30.8 juta.  

BERHATI-HATI DAN SELIDIK TERLEBIH DAHULU

TAKUT MATI, MEREKA SERAH DIRI



Nampaknya kempen bunuh penagih dan pengedar dadah oleh Presiden Fili[ina Rodrigo Duterte telah menampakkan hasil. Ini berlaku apabila 1.049 juta individu telah menyerah diri, ditahan atau dibunuh sejak kempen antidadah dilancarkan Presiden tersebut.

“Keturunan s*al ini telah memusnahkan anak-anak kita. Saya memberi amaran kepada anda semua agar jangan terlibat dalam penyalahgunaan dadah walaupun anda merupakan seorang anggota polis kerana saya benar-benar akan membunuh anda, kata Duterte dalam ucapannya di ibu negara berkenaan.


Ketua Pengarah Polis Kebangsaan Filipina, Ronald dela Rosa berkata, jumlah itu bersamaan 70 peratus sasaran daripada kira-kira 1.8 juta pengguna dan pesalah dadah berdasarkan data oleh Lembaga Dadah Berbahaya 2010.

“Bagaimanapun, Presiden percaya jumlah sebenar pengguna dan penjenayah berkaitan dadah adalah lebih tinggi iaitu sekitar tiga ke empat juta,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Tambah beliau, pihaknya akan terus menjalankan kempen antidadah kali ini memberi tumpuan kepada indvidu berprofil tinggi termasuk jeneral tentera dan ahli politik.

Wednesday, 28 December 2016

FILEM PATRIOTIK MALAYSIA : 'BOX OFFICE' ATAU SIMPAN DALAM KOTAK?


Dulu masyarakat kita begitu asyik dengan filem hindustan seperti Bobby (tidak termasuk filem-filem hitam putih arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan rakan-rakannya). Selepas zaman Maan
dan Kuch-Kuch Hota Hai berakhir, industri perfileman di Malaysia mula menggiatkan penerbitan filem cinta secara rancak.

Siapa tidak ingat kisah percintaan Erra Fazira dan Awie dalam filem Maria Mariana arahan Datuk Yusof Haslam.

MALIM GUNUNG : ANTARA HIDUP DAN MATI


Malim gunung ialah orang yang bekerja membantu pendaki gunung. Mereka selalu mendaki gunung, mahir tentang selok belok kemuncak gunung, lurah, cerun, gua dan sumber air yang amat diperlukan. Pendaki gunung warga luar tentulah tidak mahir akan pantang larang dan laluan singkat yang diperlukan. Kebanyakan gunung atau bukit tidak mempunyai stesen trigonometri iaitu titik puncak sesebuah bukit atau gunung yang dibuat daripada besi berbentuk tiga segi.

UMMAH BERMARUAH PERTAHANKAN AGAMA


AKHBAR dalam talian, MailOnline pada 8 Disember lalu melaporkan bahawa sejumlah besar penghijrah meninggalkan agama Islam selepas tiba di Eropah. Tindakan meninggalkan agama dikatakan lazim berlaku dalam kalangan penghijrah atau migran dari Iran dan yang berbangsa Kurdish, iaitu dari Iraq, Syria atau Turki selain Arab serta Afghan. Laporan juga memetik pendedahan seorang pembantu imam di sebuah masjid di Stockholm bahawa mereka yang lari meninggalkan negara asal bertindak meninggalkan agama demi mendapatkan manfaat kewangan.

Tuesday, 27 December 2016

KPT komited banteras militan dikalangan pelajar


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan membabitkan penahanan dua pelajar Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang disyaki terlibat dengan militan Daesh.

WANITA DI TAHAN KERANA HINA AZAN


Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu dihormati dan dikekalkan statusnya oleh semua pihak selari dengan usaha mendaulatkan agama tersebut.

Comments system

Disqus Shortname